Semalam sempat bermesyuarat dengan usahawan yang akan bergabung dengan tim kami dalam dunia perniagaan. Gabungan ini adalah menggunakan konsep M&A (Merging & Acquisition). Usahawan ini dari daerah selatan, beliau memiliki daftar niaga (Enterprise) dan sangat tidak faham dalam dunia M&A ini. Saya jelaskan secara detail bahawa jika dalam konsep M&A, pengambilalihan tidak akan terjadi jika tiada share untuk di “pledge” jika tiada syarikat. Konsep M&A adalah konsep merge dan acquire berdasarkan performance syarikat yang ada nilai share. Jika Enterprise, ia bukan syarikat sebenarnya. Fahamkan ya wahai usahawan diluar sana.

Apabila saya jelaskan bahawa Enterprise beliau bukan syarikat, usahawan tersebut terus berkerut dahi tanda tanya besar dalam fikiran beliau. Bab M&A sahaja beliau sudah kerut dahi, selanjutnya adalah sesi terangkan hal profile syarikat dan jenama produk beliau. Apabila masuk fasa ini, saya dengar sendiri dari beliau bagaimana peperangan yang beliau buat sangatlah “Red Ocean” serta berperang dengan berlawan konsep harga dan lawan dengan syarikat2 besar yang tersedia ada. Saya tersenyum apabila beliau bercerita tentang lawan berlawan dengan syarikat2 yang besar dan berebut pelanggan yang sedi ada. Ini lah lautan merah yang sedar atau tidak kita masih buat dan lakukan sekarang.

Tiada konsep blue ocean diangkat, promosi Blue Ocean tidak diutamakan dan dijalankan, akhirnya persaingan lautan merah terjadi. Perang harga semakin rendah semakin beliau terjah dan semakin mengecilkan “Value Proposition”. Jenama produk beliau masuk di market yang sangat melelahkan dan membudayakan kerja “Kerbau Exclusive” ala zorro! Bila saya dengar tentang semua perjalanan perniagaan beliau, saya yang pula berkerut dahi sebenarnya. Beginilah sebenarnya yang terjadi dalam dunia perniagan “Lautan Merah”. Apabila tiada BMC dan SWOT yang akan menghasilkan persaingan lautan merah yang sangat memenatkan dan melelahkan!

Kesimpulan dalam menjalankan Blue Ocean adalah semakin kita Smart, Brilliant and Inteligent semakin kita berada dalam dunia lautan biru! Focus, Smart & Brilliant serta Inteligent dan tajam dalam hal “Bakar Wang” Serta Strategi Execute dalam lautan biru adalah membuat anda akan berada 6 step ahead dari pesaingan lautan Merah. Tidak percaya, nanti kita “Bunceet” sama2 ya.

DrTouching
Blue Ocean ExecutorPreneur