Mentaliti Subsidi dan Mentaliti Jamban, kedua topik yang kadang2 saya sentuh dan ingatkan pada diri saya dan juga untuk yang berniat ingin serap perkongsian ini. Dari dulu mentaliti subsidi sudah wujud dalam kehidupan kita sebab kerajaan kita terbaik dalam hal ini. Ingin memberikan sesuatu yang terbaik, akhirnya subsidi diberikan kepada beberapa kalangan masyarakat. Ada pro and con hal kedua isu ini.

Dari mula berniaga saya sudah setkan cara fikir saya supaya tidak bergantung tentang bantuan atau apa pun pekerjaan dari kerajaan. Saya anggap jika ada rezeki dapat pekerjaan perniagaan dari kerajaan itu adalah bonus untuk kami. Tiada dalam kamus atau road map kami bahawa kami perlu kerja atau projek dari kerajaan atau sumbangan kerajaan. Target utama kami adalah di sektor swasta yang sangat luas dan besar peluangnya. Selalu kami ditekankan dalam tim kami bahawa projek dari kerajaan adalah bonus untuk kami. Mentaliti Subsidi atau Mentaliti disuap sehingga sampai di dalam perut paling dalam bukan sesuatu harapan kami!

Hal Mentaliti Jamban ini juga merupakan isu yang suka saya bahaskan dan wacanakan dalam dunia perniagaan. Etika dan sikap juga merupakan elemen utama. Etika dalam dunia perniagaan wajib asah sehingga sampai satu tahap kita dapat faham dan hormat setiap hal yang kita lalui. Beberapa hari lalu saya sempat mesyuarat bersama calon usahawan dalam pengambilalihan saham pada syarikat. Dalam mesyuarat ada sesi pengenalan profil masing2.

Di sinilah terjadinya mentaliti jamban, etika yang tidak bagus dalam mesyuarat terjadi apabila dalam proses pengenalan terjadinya potong cakap atau selit di saat belum sampai turn beliau. Apabila sudah selit dan pengenalkan diri tanpa berhenti dan membebel tanpa koma non stop serta sangat lama dan merapu entah apa! Saya sempat berkerut dahi, usahawan ini perlu belajar etika dalam berkomunikasi. Dan ada yang terjadi juga pada masa itu adalah disaat tim kami memperkenalkan dan berbincang, tim usahawan lain sedang bermain handphone dan tanpa fokus dan menghormati tim mesyuarat. Aduhhhh bila etika ke laut dalam, bagaimana kita ingin mempunyai etika terbaik dalam setiap dealing di dunia perniagaan. Hancusssss!

Ada lagi mentaliti jamban yang masih ada di masyarakat kita adalah hal kebersihan. Masa cuti panjang lalu, saya sempat membawa keluarga saya menikmati keindahan Pantai Seri Tujuh di Tumpat Kelantan. Apa yang membuat saya terperanjat dan terkejut beruk, pantai yang cantik itu penuh dengan sampah sarap bersepah2 macam berkelah di pantai sampah sarap. Ada beberapa orang sedang membakar sampah plastik sampah tanpa ada rasa bersalah. Aduhhhh bahaya mentaliti begini “Kebersihan adalah sebahagian Iman”!

Pada masa itu saya cukup emosi dan sempat mengeluarkan amarah yang sepatutnya di level cara fikir kita dan tindakan sepatut hal ini tidak terjadi! Memang mentaliti Jamban! Jika bawa makanan atau bekalan makanan, tolong lah sampah dibungkus siap2 dan bawa balik untuk dibuang di tempat yang layak. Nak cakap tak sekolah nampak semua pakai baju. Nak kata beruk yang buang sampah tetapi tak nampak pun hutan di sekitar situ! Maaf agak emosi hal mentaliti Jamban ini, sebab saya sudah tanam pada prinsip hidup saya, jangan sesekali menyusahkan manusia di sekitar kita sekecil apapun halnya.

Displinkan diri kita dan janganlah sampai kita berada di kalangan mentaliti jamban yang tidak memikirkan impak pada orang sekeliling kita serta bodoh sombong! Pesanan untuk diri saya, dalam dunia perniagaan dan kehidupan, akhlak dan etika adalah segalanya untuk menjenamakan kita pada tahap kredibiliti yang terbaik.