Semalam sempat berdiskusi dengan seorang (Gen Y) dalam proses pembangunan sebagai usahawan. Ada beberapa topik hal phase pembangunan sebenar dalam keusahawanan. Antara topik yang sempat dibahas, mana yang menjadi phase utama antara Knowledge dan Awareness. Mana yang dulu? Pengalaman kami dalam membangunkan perniagaan adalah knowledge yang realiti. Apabila sudah masuk di fasa ini, barulah akan memasuki fasa Awareness/Kesedaran yang perlu dikekalkan dan dibiasakan. Ini lumrah sebenar dalam dunia perniagaan.

Apabila kedua hal ini Knowledge dan Awareness sudah dijalankan dan dihabitkan. Akan masuk fasa berikutnya adalah Execution, Development and Expandable. Fasa ini memasuki fasa yang sangat mencabar kerana segala risiko dan analisa serta kajian diambil berat sebelum melakukan dalam pelaksanaan dan pembangunan serta perkembangan. Kedua fasa ini wajib menerapkan strategi Blue Ocean seawal mungkin kerana dengan strategi Blue Ocean segala persaingan serta percaturan akan mempunyai cara dan trik yang tidak membunuh antara satu sama lain.

Tiada yang mudah dalam fasa ini, apalagi berkaitan dengan mengekalkan momentum setiap strategi Blue Ocean yang diwacanakan. Setiap usahawan boleh memulai setiap perniagaan dengan mudah tetapi belum tentu untuk “Sustainable” sesuatu yang amat mudah malah perjuangan mula di uji ada fasa ini. Kita ada Allah swt yang telah mengurniakan kita akal fikiran yang terbaik, manfaatkan dan tajamkan setiap langkah dan strategi yang akan diwacanakan. Langkah dengan yakin dan berhati waja tanpa ragu. Fokus, displin, komited dan konsisten dengan menggunakan Strategi Lautan Biru. Jangan pernah ragu dengan keupayaan diri anda sendiri, yakin pada diri anda bahawa usaha dan terus berusaha adalah titik menuju ke arah “mutiara”.

Kekalkan momentum dan tetap fokus ke depan, yang telah terjadi biarkan ia terjadi. Buka lembaran baru ke depan tanpa menoleh ke belakang. Tataplah wajah isteri/suami, emak ayah dan anak2 kita sebagai pemangkin usaha kita untuk mereka. Pedulikan apa kata orang sekeliling!

DrTouching
Blue Ocean ExecutorPreneur