Penjenamaan sesuatu yang bukan biasa2, penjenamaan suatu yang tersangat penting dan perlu. Tanpa penjenamaan seawal permulaan perniagaan amatlah sia2 dan merugikan sekali. Penjenamaan juga merupakan elemen keyakinan diri dan jiwa dalam mengharungi setiap cubaan dan dugaan. Penjenamaan dibangun 1 bulan? 2 bulan? 3 bulan? Tidak semudah itu penjenamaan dibangunkan. Usahawan di luar sana masih anggap penjenamaan bukan hal yang penting dan perlu. Binalah Fundamental Branding mulai sekarang, jika belum faham, segera fahamkan. Kita berniaga bukan penjenamaan hanya di kad nama kita atau di label product, penjenamaan adalah banyak yang perlu diketengahkan dari hal sekecil2nya bermula diri kita sebagai Business Owner.

Dalam dunia penjenamaan ini semuanya ada cara, konsep dan ethics yang perlu kita bina. Blia kita bicarakan hal korporat tetapi apparel/penampilan kita sangat tidak korporat, jumpa client masih pakai t -shirt collar bulat, berselipar dan tidak kemas. Penampilan wajib dijaga seperti kita berpakaian kemas, bukan mewah. Tetapi ramai usahawan kita anggap ini biasa2 sahaja. Etika berpakaian dan penampilan merupakan etika yang paling kecil dan dasar.

Sama juga dalam hal penulisan atau pertuturan juga merupakan penjenamaan yang perlu dititikberatkan. Contoh seperti penulisan dalam WA atau mesej. Penulisan dengan bahasa rojak dan short form entah apa dari mana asalnya, ia akan membuat kami enggan baca dan rasa rumit sebab bahasa komunikasi penjenamaan dalam hal begini sahaja tidak ambil berat. Hal balas mesej komunikasi melalui WA atau SMS, ini juga merupakan elemen penjenamaan penting dalam hal komunikasi, kita bayangkan ada seseorang kirim mesej pada kita bertanya sesuatu dan mesej tetapi beliau baca dan tidak balas walaupun dengan kirim icon 👌, menurut anda beretikakah cara ini? Tepuk dahi tanyalah lutut!

Perkongsian ini untuk peringatan diri saya yang kadang2 masih alpa dalam penjenamaan hal yang sekecil2nya.

DrTouching
Blue Ocean ExecutorPreneur