Antara dilema yang selalu diperkatakan dalam dunia perniagaan sebenarnya tentang penjenamaan adalah sales dahulu lepas itu baru develop jenama atau angkat jenama dulu baru ke arah penjualan. Hal ini seperti ayam dan telur, mana yang dahulu. Ramai yang masih percaya bahawa jual sahaja dahulu nanti baru angkat jenama.

Apakah fundamental jenama ini benar dan betul? Pengalaman saya melihat dari flow realiti dan fakta adalah segalanya bermula dengan penjenamaan seawal mungkin. Penjualan juga merupakan elemen penting dalam dunia perniagaan kerana ia sebagai pendapatan untuk melakukan penjenamaan. TETAPI jika ambil realiti dan fakta penjenamaan jika ia terletak pada nama kita sendiri seawal kita lahir dahulu sehingga ia dibangunkan seiring dengan waktu dan masa, ia dapat memberikan kesimpulan bahawa penjenamaan diawal dalam apa jua strategi.

Angkat dan bangunkan jenama bermula dari soul yang paling dalam adalah sesuatu mutlak kita perlu jalankan seawal penglibatan dalam dunia perniagaan. Pembangunan bukan lah sesuatu yang mudah dan senang dibangunkan untuk menciptakan kejayaan dunia perniagaan yang sebenarnya. Semua ada cabaran dan liku2nya. Buat jenama dahulu ke atau jual dahulu? Dilema yang ramai di kalangan usahawan masih ragu2, apakah Fundamental Sales ini seawal mungkin dibuat atau bagaimana? Tepuk dahi tanya lah dagu!