Saya akan kupas hal branding di negara yang sudah maju, kebetulan kami memang ada partner di negara penghasil filem terbaik di dunia. Dari bandar besar New York, saya dikongsikan beberapa produk dengan branding yang terbaik dan unik serta blue ocean. Dari branding packaging dan nama branding memang sudah sangat outstanding dan blue ocean. Jenama produk mereka angkat value dari local dan bercerita pada packaging mereka. Konsep begini saya selalu tekankan pada usahawan supaya akan value bermula dari story anda untuk dijadikan value yang beza. Ada gambar jenama produk di bawah nanti ini.

Tidak mudah sebenarnya untuk sampaikan mesej hal branding begini, bagitahu bermacam cara ada yang buat selamba badak je, saya pun tidak tahu, dia faham atau blur atau tak tahu atau malas atau masih menunggu atau dikalangan komuniti “NATO/No Action Talk Only”. Mungkin kadang2 mesej belum sampai atau mesej kena singgah di tempat mana2 dulu. Ingin tajamkan hal penjenamaan bermula dari kebiasaan lakukan dengan melihat dan menganalisa brand yang ada dpasaran atau di supermarket atau di mana sahaja bentuk promosi. Jika betul2 ingin buka minda dan cara fikir serta tindakan boleh kita bersama dalam program Penjenamaan dan Pemasaran atau program di Bunceet.

Perbincangan dan perkongsian penjenamaan ini di awal kupasan supaya kita tahu penting hal penjenamaan dari seawal kita berniaga dan memulakan perniagaan. Dari mula strategi perancangan dan pelaksanaan sudah dimulai dengan penjenamaan menggunakan strategi Blue Ocean.

Konsep Knowledgeable perlu dibuka sebanyak mungkin dan seawal mungkin kerana ingin mewujudkan “Awareness”. Bila penjenamaan sudah dibetulkan dan buka cara fikir serta tindakan, baru proses strategi bersama Execution. Berat sangat ke topik ini, rasa tidak kot. In Shaa Allah kita sambung lagi esok.