Hidup di bandar besar sangat mencabar. Semua wajib displin dan patuh tepati masa, terlambat sikit bertolak ke destinasi dituju untuk mesyuarat atau jalankan haikiki kerja, akibatnya akan lambat masuk ke tempat kerja. Displin yang tinggi wajib ada apabila berada di bandar besar metropolitan. Semuanya perlu displin yang tinggi dan ketat dalam apa jua kegiatan. Sangat bagus bila berada di zone tidak selesa seperti kehidupan di bandar besar!

Displin masa dan perancangan yang teliti dan terancang, dalam bandar besar ini kehidupan blue ocean wajib ada dan amalkan dalam kehidupan sebenarnya. Blue Ocean bukan sahaja dibuat dalam dunia perniagaan, dalam kehidupan sehari2 juga wajib dilaksanakan sebagai SOP tetap. Mempraktiskan hal blue ocean tidak mudah kerana tidak semua orang sekitar kita ingin menerima perubahan. Blue ocean betul2 akan memacu cara fikir otak kanan sebenarnya dan membuat kita sentiasa berfikir di luar kotak dan di luar kebiasaan. Tidak pernah merasa selesa pada setiap strategi yang dilakukan kerana persaingan yang sihat adalah terbaik dalam apa jua kehidupan. Cuba biasakan diri dengan hal2 yang unik dan rare/jarang2 dalam kehidupan sehari2.

Dalam ibadah contoh, orang jarang bangun seawal pukul 3 – 5 pagi untuk ibadah bersamaNya, kita buat di saat orang jarang lakukan. Di sini sudah ada blue ocean ibadah dalam kehidupan kita. Seawal waktu dhuha, kita sudah ada SOP tetap untuk bermesyuarat dengan NYA waktu dhuha seawal jam pagi sebelum bermulakan kegiatan juga merupakan Blue Ocean ibadah dipagi hari tanpa putus dan tetap ibadah dengan Nya.

Hal sedekah, biasanya di waktu solat jumaat, red ocean sering terjadi kerana imam masjid banyak menerima sedekah wang RM 1,RM 5 dan RM 10, kita sebagai pemain Blue Ocean, pastikan selain Note ini kita letakkan RM 20 atau RM 50 atau RM 100. Tujuan kita berikan note ini kerana kita juga pemain Blue Ocean dalam hal sedekah! Dalam hal ibadah sahaja kita sudah buat blue ocean, bayangkan bila dalam dunia perniagaan anda sentiasa dipacu dan disuguhkan hal blue ocean sebenar2nya!

Buatlah sesuatu yang di luar kotak, buatlah sesuatu yang tiada orang lain buat. Berfikirlah secara gila dan tidak waras dalam dunia perniagaan, semakin berbeza cara fikir dan tindakan membuat kita berada di level yang berbeza dengan yang lain. Mulakan berfikir secara Blue Ocean dari hal yang paling kecil. Fokus dan konsisten adalah asam garam Blue Ocean. Tidak pernah mengalah untuk mendapatkan formula terbaik dalam apa jua tindakan dan perancangan dalam dunia perniagaan. Selalu berpacu dalam berfikir untuk pastikan adrenalin sentiasa mengalir bagi mendapatkan ketajaman berfikir! Dan sentiasa tidak berada di zone selesa!

Ingin berfikir secara Blue Ocean bersama saya, nantikan program Bunceet dan Boncet ya!

DrTouching
Blue Ocean ExecutorPreneur